Sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca alquran merupakan salah satu perkara yang wajib dijadikan amalan harian kepada setiap muslim. Oleh itu, tidak sepatutnya kita meninggalkan alquran tetapi sebaliknya kita haruslah sentiasa membacanya dengan hati yang tenang. Antara keburukan tidak membaca alquran ialah:
1. KEHIDUPAN MENJADI SEMPIT DAN SUSAH
Tanpa rujukan daripada alquran, kehidupan kita didunia ini menjadi tidak teratur dan tidak terurus kerana didalam alquran sudah menjelaskan pelbagai bentuk pengurusan hidup manusia sejak dari azali lagi.
2. TERPENGARUH DENGAN HAWA NAFSU SECARA MELAMPAU
Nafsu didorong oleh syaitan yang membawa kepada kesesatan. Syaitan lebih suka kepada orang yang menjauhkan diri mereka daripada alquran sehingga dia dapat menghasut manusia melakukan perkara yang tidak senonoh.
3. KERAS HATI
Sekiranya kita sering menjauhkan diri daripada alquran, hati juga akan jauh daripada petunjuk Allah sehinggakan hati menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran sehinggakan disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.
4.ZALIM DAN HINA
Apabila kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah maka tempat untuk kita adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu tidak pada posisi yang sepatutnya menurut apa yang
dikehendaki Allah.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah: 22)
Al-quran merupakan kalam Allah yang menjadi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISI KANDUNGAN ALQURAN
1. BILANGAN SURAT DALAM ALQURAN Sebanyak 114 surah 2. BILANGAN AYAT DALAM ALQURAN S ebanyak 6236 ayat
-
Sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca alquran merupakan salah satu perkara yang wajib dijadikan amalan harian kepada setiap muslim. Oleh...
-
1. BILANGAN SURAT DALAM ALQURAN Sebanyak 114 surah 2. BILANGAN AYAT DALAM ALQURAN S ebanyak 6236 ayat
-
1. PADA PERINGKAT PERTAMA Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para malaikat m...
Apakah dua tujuan kitab AL Quran diturunkan
ReplyDeleteIdk
Deleteuntuk membimbing manusia daripada sesat
Delete😊😊😊
ReplyDeleteSaya orang
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bermanfaat, 💛👍🏻
ReplyDeleteterima kasih saya dapt menjawab peperiksaan
ReplyDeleteIzin copy dan share
ReplyDelete