Tuesday, 3 September 2019

ISI KANDUNGAN ALQURAN





1. BILANGAN SURAT DALAM ALQURAN

  • Sebanyak 114 surah



2. BILANGAN AYAT DALAM ALQURAN

  • Sebanyak 6236 ayat

HIKMAH PENURUNAN ALQURAN SECARA BERANSUR-ANSUR


  • Untuk memantapkan jiwa Rasulullah SAW dan menguatkan hatinya
  • Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur
  • Untuk menyelesaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku 
  • Untuk menunjukkan bahawa sumber alquran itu kalam Allah SWT semata-mata

PERINGKAT PENURUNAN ALQURAN



1. PADA PERINGKAT PERTAMA
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang dutentukan oleh Allah SWT di luth Mahfuz ini benar-benar berlaku.

2. DARI LUTH MAHFUZ KE BAIT IZZAH DI LANGIT DUNIA
alquran diturunkan pada malam yang penuh berkat iaitu pada malam lailatulqadar.

3. DARI BAIT IZZAH KEPADA RASULULLAH
Alquran diturunkan secara beransur-ansur dan diturunkan kepada Rasulullah sejak baginda dilantik menjadi Rasul.

KEBURUKAN TIDAK MEMBACA ALQURAN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca alquran merupakan salah satu perkara yang wajib dijadikan amalan harian kepada setiap muslim. Oleh itu, tidak sepatutnya kita meninggalkan alquran tetapi sebaliknya kita haruslah sentiasa membacanya dengan hati yang tenang. Antara keburukan tidak membaca alquran ialah:

1. KEHIDUPAN MENJADI SEMPIT DAN SUSAH
Tanpa rujukan daripada alquran, kehidupan kita didunia ini menjadi tidak teratur dan tidak terurus kerana didalam alquran sudah menjelaskan pelbagai bentuk pengurusan hidup manusia sejak dari azali lagi.

2. TERPENGARUH DENGAN HAWA NAFSU SECARA MELAMPAU
Nafsu didorong oleh syaitan yang membawa kepada kesesatan. Syaitan lebih suka kepada orang yang menjauhkan diri mereka daripada alquran sehingga dia dapat menghasut manusia melakukan perkara yang tidak senonoh.

3. KERAS HATI
Sekiranya kita sering menjauhkan diri daripada alquran, hati juga akan jauh daripada petunjuk Allah sehinggakan hati menjadi keras dan sukar untuk menerima kebenaran sehinggakan disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu.

4.ZALIM DAN HINA
Apabila kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah maka tempat untuk kita adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu tidak pada posisi yang sepatutnya menurut apa yang
dikehendaki Allah.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah: 22)

Monday, 2 September 2019

KELEBIHAN MEMBACA ALQURAN





1. ALQURAN SEBAGAI SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK.


Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252

Hadis ini telah menerangkan bahawa alquran mampu memberi syafaat pada hari kiamat kerana membaca alquran ini merupakan salah satu suruhan Allah.


2. SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Ali-Imran : 120)
Berdasarkan firman Allah diatas, jelaslah bahawa alquran ini mampu menyembuhkan pelbagai kesakitan dan kejahatan kerana ini merupakan salah satu janji Allah jika kita membaca alquran.



3. SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Didalam alquran terkandung seribu satu rahsia yang tidak dapat kita nafikan. Didalamnya terkandung pelbagai jenis doa yang dapat diamalkan oleh segenap umat islam bermula pada zaman nabi muhammad SAW sehinggalah kini. Ayat-ayat suci alquran merupakan perkataan yang diperkatakan oleh pencipta kita. oleh itu, kita dapat lihat pelbagai manfaat yang terkandung didalamnya.

Berdasarkan firman Allah diatas, jelaslah bahawa alquran ini mampu menyembuhkan pelbagai kesakitan dan kejahatan kerana ini merupakan salah satu janji Allah jika kita membaca alquran.

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

4. MEMBUATKAN SESEORANG ITU MENJADI BAIK.

Dengan membaca alquran, seseorang akan menjadi tenang dan aman sekiranya ia terserap didalam hati. Perkara ini dapat dilihat apabila seseorang menghayati segala ucapan didalam alquran ia mampu membuatkan seseorang itu akan bertambah lebih baik dan menjadi seseorang mukmin yang cemerlang dan terbilang kepada agama.


5. MENDAPAT RAHMAT DAN LINDUNGAN DARIPADA MALAIKAT.

Membaca alquran dalam keadaan tenang dapat mendatangkan rahmat Allah SWT kerana kita dapat menghayati setiap maksud yang terkandung didalamnya.
Para Malaikat juga akan memberi perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca alquran.

MAKSUD AL-QURAN


Alquran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril untuk disampaikan kepada manusia agar dijadikan petunjuk di dunia dan di akhirat supaya tidak memilih jalan yang sesat dan jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Al-quran adalah bacaan sepanjang zaman bagi umat islam, kemukjizatan Al-quran tidak dapat disangkalkan lagi kerana alquran merupakan satu kitab yang suci untuk dijadikan panduan kepada segenap manusia.

ISI KANDUNGAN ALQURAN

1. BILANGAN SURAT DALAM ALQURAN Sebanyak 114 surah 2. BILANGAN AYAT DALAM ALQURAN S ebanyak 6236 ayat